Kerjaya Pichetchai Pholdee

Kariernya bermula sebagai peragawan untuk iklan-iklan TV. Watak filem pertamanya, yang dibintanginya dalam Dang Bireley's and Young Gangsters pada tahun 1997 menyumbang pada meluasnya popularitinya, dan menyebabkannya memenangi Anugerah Hiburan Blokbuster Thailand 1997. Setelah itu, dia tampil dalam sejumlah filem dan lakorn, seperti The Iron Ladies pada tahun 2000 atau Kaew Tah Pee pada tahun 2006. Dia juga membintangi filem seram Asia, The Eye 2.

Dia telah diundi sebagai "Lelaki paling Seksi di Thailand" pada 2003 oleh Internet Durex Global Sex Survey 2003. Dia mendapat undi sebanyak 39% daripada wanita Thailand yang disoal selidik.

Tik baru-baru ini kembali ke TV dalam sitkom berjudul "Love Rhythm". Pada mulanya, gaya rambutnya yang panjang dan serabai bagi watak itu menimbulkan bantahan keras daripada para peminat yang mengharapkan untuk melihatnya dalam imej putera yang kacak yang ditonjolkan dengan jayanya olehnya dalam lakorn 2006 "Kaew Tah Pee". Tik sendiri mengakui bahawa dia tidak berasa seronok jika orang ramai memuji rupa parasnya tetapi lebih kepada mengagumi bakat lakonannya. Sitkom itu kemudiannya memperbaiki ratingnya sebahagian besar disebabkan oleh kemampuan lakonannya.